Kelas D.I.Y – Membuat Beg
11 Jun 2017 | Aktiviti TerkiniPada 10 Jun 2017, Sabtu yang lepas, kami telah mengadakan Kelas D.I.Y bersama ahli PI Bengoh bertempat di Bilik Latihan. Seramai 13 orang peserta menyertai kelas yang berlangsung selama 2 jam ini. Mereka dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh staff PI Bengoh. Kelas bertujuan untuk menarik minat peserta untuk menyertai program-program lain pada masa akan datang. Selain itu, ia juga dapat memupuk semangat bekerjasama antara peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: